Isnin, 17 November 2008

Jebat Pancarkan Serimu!!!

kuning sinar matahari pagi
pancarlah serimu dikepalaku

cahaya bulan purnama
penuhilah dimuka aku
bila kau memandang aku
tertawan hatimu pada diriku
selamanya!!!

wahai Jebat...
pancarkan serimu ditubuhku
bersatulah bersama semangatku

jadilah aku...

aku jebat yang dipuja-puja
aku jebat yang berani bersuara
aku jebat yang berani beradu
aku jebat yang berani pertaruhkan nyawaku
menentang kezaliman

aku jebat hidup sepanjang zaman

Ahad, 16 November 2008

mentera harimau jantan

Pasak kebumi tapak kakiku
biar aku kejap berdiri
begerak lincah seperti harimau jantan beradu
mata merah mencari darah
sipenguasa yang zalim
darah!!!darah!!!darah!!!

pedang panjang penuh racun
kapak dan sabit juga beracun
akan ku racun tubuh penguasa zalim
dengan pedang, kapak dan sabit
biar dia tersiksa sakit

sebelum dia ku bunuh
akan kupijak mukanya
lalu ku ludah
dan berkata
rakyat itu raja
sumpah rakyat lebih berbisa

keadilan harus kita juangkan!!!!